Search This Blog

Friday, February 20, 2015

NOVEL Playboy Itu Suami Aku





Siapa yang mahu bersuamikan seorang lelaki yang terang-terangan playboy? Bagi Afina, itu menyeksa diri sendiri namanya. Namun, dia disatukan jua dengan Adrian, 
King of Crocodile tetapi bersyarat. Masing-masing punya agenda tersendiri.

Setelah terlibat dalam kemalangan, Afina sedar dari koma tetapi dia menghidap amnesia. Dia masih ingat keluarga dan rakan-rakannya, tetapi tidak suaminya. Tetapi, apa yang pasti dia tahu bahawa Adrian adalah playboy tersohor dengan gelaran King!

Bagi Adrian, Afina sekarang jauh berbeza dengan Afina yang dulu. Afina sekarang adalah seorang yang kasar dan tidak lagi mudah dibuli seperti dahulu. Mereka sering bertegang urat hingga akhirnya memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati mereka.

Saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya itu? 
Apakah atau siapakah yang memisahkan mereka berdua?

Afina : Playboy itu suami aku?! Biar betul!
Adrian : Aku sudah tidak percayakan cinta. Sehinggakan aku membenci wanita. Lalu, aku terus patahkan hati seorang demi seorang. Aku puas begitu. Sehinggalah aku sedar yang aku sudah jatuh cinta untuk kali kedua.





No comments:

Post a Comment