Search This Blog

Thursday, February 19, 2015

NOVEL Kau Pertama Aku Kedua



Zaman remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk 
melupai masalah masing-masing.
Disayangi jika cemerlang  dan disisih jika gagal. 
Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. 
Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.
Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. 
Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. 
Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin sahaja disucikan kembali.
Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu 
memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.


No comments:

Post a Comment