Search This Blog

Friday, February 20, 2015

NOVEL Kampung Girl





PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu...mummy jangan paksa Ash!"- Ashraf Khairi.

"Ain akan kahwin dengan Abang Ash!"- Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. 
Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?"- Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarkah kata orang, kerana pulut santan binasa...kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan tidak tolak yang 'menjahanamkan'diri Ashraf.

"Ash nak ajak dia beli cincin tunang."- Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur disaat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

"And what have you been thinking, doing such thing to me?
 Nak bagi aku nampak macam orang bodoh?"- Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya.

Kesudahannya...Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci? 






NOVEL Playboy Itu Suami Aku





Siapa yang mahu bersuamikan seorang lelaki yang terang-terangan playboy? Bagi Afina, itu menyeksa diri sendiri namanya. Namun, dia disatukan jua dengan Adrian, 
King of Crocodile tetapi bersyarat. Masing-masing punya agenda tersendiri.

Setelah terlibat dalam kemalangan, Afina sedar dari koma tetapi dia menghidap amnesia. Dia masih ingat keluarga dan rakan-rakannya, tetapi tidak suaminya. Tetapi, apa yang pasti dia tahu bahawa Adrian adalah playboy tersohor dengan gelaran King!

Bagi Adrian, Afina sekarang jauh berbeza dengan Afina yang dulu. Afina sekarang adalah seorang yang kasar dan tidak lagi mudah dibuli seperti dahulu. Mereka sering bertegang urat hingga akhirnya memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati mereka.

Saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya itu? 
Apakah atau siapakah yang memisahkan mereka berdua?

Afina : Playboy itu suami aku?! Biar betul!
Adrian : Aku sudah tidak percayakan cinta. Sehinggakan aku membenci wanita. Lalu, aku terus patahkan hati seorang demi seorang. Aku puas begitu. Sehinggalah aku sedar yang aku sudah jatuh cinta untuk kali kedua.





NOVEL Setia Hujung Nyawa




Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. 
Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatahlagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. 
Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.



Thursday, February 19, 2015

NOVEL Love You Mr. Arrogant







"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, 
kahwin dengan aku. Titik."- Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, 
hidup Zarra Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, 
sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduh! Kenapa dengan aku ni! Kenapa aku rasa rindu sangat ni! 
Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. 
Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh...tapi..."- Zaara Amirah
Adakah kebahgiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...




NOVEL Yes Boss !




Aryana...dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan : selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos...kena turut. Setiap rentak bos...kena ikut. Semua kena yes, boss!
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.
Ilham...dia perlukan Aryan untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah.Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan : "Yes, boss!"
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!




NOVEL The Wedding Breaker







"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..."- Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berluka dalam hidupnya.

"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah...just talking to the lizard. See...there...we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language.

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you...I'd rather stay by your side. Always."
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

"Satu aje kesalahan awak, Ariana...Awak dah curi hati saya."- Tengku Adam Kamil

NOVEL Ombak Rindu



IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Milla Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Milla Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



NOVEL Tiada Lagi Mimpi




Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. 
Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagian yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. 
Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha...permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya.Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina 
sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...



NOVEL Tak Semanis Impian



Norjinah...bahagianya cuma sekejap. Kini, kasihnya bersama Razif digugat oleh orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta dari seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. 
Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? 
Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! 
Tapi...siapakah gadis itu?
"Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?"

NORSEHA...bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini begitu mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. 
Sepatutnya, dia tidak patut berperasaan begitu. 
Ah...mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
"Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!"

RAZIF...sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. 
Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? 
Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. 
Tapi...gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. 
Mampukan dia menepis godaan yang datang?
"Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!"

Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. 
Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. 
Cuma...jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.



NOVEL Kau Pertama Aku Kedua



Zaman remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk 
melupai masalah masing-masing.
Disayangi jika cemerlang  dan disisih jika gagal. 
Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. 
Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.
Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. 
Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. 
Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin sahaja disucikan kembali.
Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu 
memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.


NOVEL Tak Seindah Mimpi




Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani karenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan keberanian diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. TAK SEINDAH MIMPI sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

NOVEL Jauh Dari Cinta






NYSA SAKINAH. Cintanya penuh ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. 
Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.
"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? 
Makan tak...minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? 
Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"
"Masalah dah lama selesai kalau abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."
"Oh...jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa,
 jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"
Namun, Nysa Sakinah tidak terdaya melakukan semua itu.
Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. 
Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily di hatinya. Takkan ada wanita lain.
"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila.
 Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."
"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. 
Semua dah cukup jelas."
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!



NOVEL Projek Memikat Suami




NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia di kejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia

"Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat?Awak nak sangat kawin dengan saya?Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today."-Zahrain Alimin.

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai master-ji dan side-kick.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!"-Nawwal Husna.
 "Una tak terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?"-Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrin Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?




"Sayang...Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,"-Zahrain Alimin




Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Wednesday, February 11, 2015

AMWAY INVERTER CONVECTION MICROWAVE OVEN












KETUHAR GELOMBANG MIKRO PEROLAKAN INVERTER


# Fungsi gril dan perolakan gelombang micro

# Kapasiti : 40 L

# Menu automatik : 33

# Cakera putar 36.2 sm

# Kuasa output gelombang micro 1050 W

# Kuasa output gril : 1300 W

# Perolakan 1450 W 

# Memasak dengan sekata, lebih cepat dan lebih menjimatkan tenaga dengan teknologi inverter




INVERTER CONVECTION MICROWAVE OVEN


# Microwave grill and convection functions

# Capacity : 40 L

# Auto menus : 33

# Turntable : 36.2 cm

# Microwave output power : 1050 W

# Grill output power : 1300 W

# Convection : 1450 W

# Even cooking, shorter cooking time and more energy saving with inverter technology








AMWAY PERFECTCARE AQUA SYSTEM IRON






SETERIKA PERFECTCARE AQUA SYSTEM


# Menyeterika sebarang pakaian yang boleh diseterika dari sutera hingga ke linen, kapas dan kashmir tanpa perlu melaraskan suhu 

# Teknologi optimal temp-kombinasi optimal temp-kombinasi sempurna suhu dan stim untuk semua pakaian yang boleh diseterika

# Stim yang berterusan sehingga 120 g/min & penggalak stim 240 g

# Sehingga 5 bar tekanan stim untuk menyeterika dengan pantas

# Tapak steam glide untuk kerja menyeterika yang lebih licin

# Easy de-calc, sistem antikerak yang tidak merumitkan dan berkesan




PERFECTCARE AQUA SYSTEM IRON


# Iron any ironable garment from silk to linen, cotton, and cashmere without having to adjust the temperature

# Optimal temp technology-perfect combination of temperature and steam for all ironable garments

# Continuous steam up to 120 g/ min & steam boost 240 g 

# Up to 5 bars of steam pressure for fast ironing

# Steamglide soleplate for smoother ironing

# Easy de-calc, hassle free and effective anti-scale system




AMWAY SENSO TOUCH INDUCTION COOKER







DAPUR INDUKSI SENSO TOUCH 


# 2100 W

# 6 tahap kuasa dengan pelarasan suhu

# 7 mod memasak praset untuk mengukus, merendidih, goreng kilas, membuat sup/bubur, merebus dan stimbot

# Permukaan dapur panel kaca penuh kristalit gred A




PHILIPS SENSO TOUCH INDUCTION COOKER


# 2100 W

# 6 power levels with temperature adjustments

# 7 preset cooking modes for steam, stew, stir-fry, soup/congee, boil and hotpot

# A-grade crystallite full glass panel cooktop





Tuesday, February 10, 2015

AMWAY SUNSHINNE WATER FILTRATION VACUUM CLEANER



PEMBERSIHAN VAKUM PENURASAN AIR SUNSHINNE


# Memvakum dan membersih lantai, permaidani, langsir, tingkap, sofa dan tilam untuk membuang habuk dan kotoran

# Sistem penurasan air 'eco-active' berpaten serata dunia

# Sistem penurasan pelbagai tahap 

# Motor 4 kelajuan dengan kawalan elektronic untuk operasi mudah

# Didatangkan dengan pelbagai tahap

# Motor 4 kelajuan dengan kaawalan elektronik untuk operasi mudah

# Didatangkan dengan pelbagai aksesori untuk melaksanakan fungsi yang luas




SUNSHINNE WATER FILTRATION VACUUM CLEANER


# Vacuums and cleans floor, carpet, curtain, window, sofa, and mattress to eliminate dust and dirt

# Worldwide patented eco-active water filtration system

# Multi-stage filtration system

# 4-speed motor with electronic controls for easy operation 

# Comes with multiple accessories to perform a wide range of functions






AMWAY FOOD STEAMER


                      

PENGUKUS MAKANAN


# Kaedah memasak secara kukus/stim ialah cara menjalani gaya hidup yang lebih sihat.Nutrien dan rasa dikekalkan sewaktu proses pengukusan

# Ruang pengukus XL 3 tingkat yang boleh disusun bertingkat

# Setiap tiub stim menyalurkan stim ke setiap ruang yang lain meminimumkan pemindahan bau makanan dari satu ruang ke ruang yang lain

# Pemasa digital

# Pemasa tunda sehingga 12 jam 

# Salur masuk air luar yang lain untuk mudah mengisi takungan air

# Wattan : 1200 W

# Takungan Air : 1.7 L


                                                                                  



FOOD STEAMER


# Steam cooking is the way to a healther lifestyle.Nutrients and flavour are retained during the steaming process

# Stackable 3-tiers XL steaming compartments

# Individual steam tubes channels steam to individual compartments which minimises transfer of food smell from one compartments to another

# Digital timer

# Delay timer up to 12 hours

# External water inlet for easy refilling of water reservoir

# Wattage : 1200 W

# Water Reservoir : 1.7 L