Search This Blog

Tuesday, March 31, 2015

Aurawhite Bubbly COLLAGEN DUST

Aurawhite 

Bubbly

COLLAGEN DUST



.
Image result for Aura White  AuraWhite  Bubbly Collagen Dust  .



Harga Pasaran : RM 80.00




Aurawhite Bubbly Collagen Dust dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran UV seterusnya menjadikan kulit anda menjadi lebih anjal, tegang dan kekal awet muda.
Selain baik untuk kecantikan kulit, ramuan yang terkandung di dalam produk ini juga mampu memberikan kesan positif terhadap kuku, rambut, tulang dan sendi seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh.
Kandungan: 500 g


KHASIAT AURAWHITE BUBBLY COLLAGEN DUST

  •          Membantu mengekalkan keremajaan kulit
  •          Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  •          Membantu meningkatkan kecerahan kulit
  •          Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  •          Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  •          Mengatasi masalah kulit kering, kasar dan kusam
  •          Memudarkan kesan parut
  •          Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  •          Mengecilkan liang pori agar kulit tampil halus
  •          Mencegah masalah radang, jerawat, jeragat, parut dan bintik
  •          Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran (UV)
  •          Turut berupaya memelihara kesihatan jasmani


KANDUNGAN AURAWHITE BUBBLY COLLAGEN DUST

Kolagen Talapia Terhidrolisis: Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, selain membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
Vitamin A: Vitamin A berupaya merangsang lapisan dermis yang mengandungi kolagen, elastin dan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke permukaan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Selain itu, vitamin A turut membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan jerawat dan kadar sebum atau minyak, menyingkir sel kulit mati seterusnya menghaluskan kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta melindungi kulit daripada kanser kulit dan proses penuaan yang diakibatkan oleh pancaran radiasi ultraviolet (UV).
Vitamin B: Khasiat vitamin B-kompleks tidak terhad untuk kesihatan jasmani, malah ia juga penting untuk rawatan kecantikan kulit.  Di samping mencegah proses penuaan, vitamin B juga diyakini dapat membantu mengatasi masalah hiperpigmentasi di mana sesetengah bahagian kulit menjadi gelap disebabkan oleh pancaran cahaya matahari mahupun radang. Vitamin B juga mampu mengurangkan kesan garis-garis halus, menghaluskan kulit serta mengekalkan kelembapan kulit bagi membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
Vitamin C: Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C turut berupaya mempercepatkan pemulihan luka dan memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya di samping membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
Vitamin D: Vitamin D mempunyai beberapa kebaikan bagi kesihatan dan kecantikan kulit, seperti membantu mengurangkan masalah kesan jerawat, kedutan dan garis-garis halus di samping menjana penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya meningkatkan kehalusan, keanjalan dan keremajaan kulit anda.
Vitamin E: Vitamin E merupakan agen anti-oksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Blueberi: Blueberi merupakan agen antioksida yang bertindak meneutralkan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel kulit, melambatkan proses penuaan serta memperbaiki struktur kulit agar ia tampil lebih halus dan berseri.
Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.
Asid Amino: Asid amino merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan fungsi organ, membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi ejen antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas dalam tubuh badan, di samping menyeimbangkan protein dalam badan, dan melembap serta menghaluskan kulit.
Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas daripada serangan bakteria yang merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang kerosakan sel dan proses penuaan kulit.
Madu Manuka: Madu Manuka dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar pohon berbunga, Manuka yang sering terdapat di New Zealand dan Australia. Ia tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga berfungsi memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.
Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.


CARA PENGGUNAAN AURAWHITE BUBBLY COLLAGEN DUST

  1.      Ambil 1 sudu Aurawhite Bubbly Collagen Dust setiap pagi dan malam.
  2.      Suap ke dalam mulut dan kemam serbuk Aurawhite Bubbly Collagen Dust sehingga cair.

No comments:

Post a Comment